Oleh NAZEF EDGOUC
MASIHKAH kau ingat kisah sang hero Mu'tasim . Ya, kisah
sang khalifah yang telah dicatat dengan tinta emas dalam sejarah era
kegemilangan Islam. Khalifah Mu'tasim yang menjadi penerus legasi kepada
kepimpinan khilafah dinasti Abbasiyah telah mengajar kita erti kekuatan
Islam adalah dengan kesatuan jemaah.
Kisah nya apabila seorang
muslimah yang berada di kota Ammuriah (sekarang di Turki) telah dicabul
kehormatanya oleh orang-orang Rom. Dicabul kehormatan di khalayak ramai!
Ada riwayat mengatakan ketika itu si muslimah sedang berbeli di pasar.
Lalu dia menangis lantas mengucapkan sepotong ayat yang lagendaris .
"Waa Mu'tasimah!!! , Waa Mu'tasimah!!!". Dimanakah kau wahai Mu'tasim, dimanakah kau wahai Mu'tasim!
Lantas
melihat kejadian itu, seorang muslim yang berada di pasar tersebut
terus melapor kepada Mu'tasim. Sejurusnya berita itu diterima, Mu'tasim
terus megucapkan 'Labbaiki, labbaiki !'. Aku akan datang wahai wanita!
Terus
dikerahkan tenteranya, ada riwayat mengatakan mencecah puluhan ribu
tentera Mu'tasim. Lalu mereka bertolak ke Ammuriah dan menakluk wilayah
tersebut daripada bangsa Rom. Terselamatlah maruah wanita muslimah
tersebut. Dan yang lebih penting selamat maruah Islam!
Bagaimanakah kekuatan umat Islam terdahulu sangat hebat dan digeruni oleh dunia?
Semuanya kerana mereka bersatu untuk menjaga maruah dan hak Islam daripada terus dipijak oleh orang lain!
Oleh
itu, marilah kita bersatu menunjukkan solidariti kita terhadap maruah
kita sebagai orang Islam. Musuh Islam terus kutuk, memperlekehkan, hina
undang undang Islam kita. Apakah tindakan kita?
Adakah hanya
terus mengutuk pindaan akta 355 ini dan memperlekehkan usaha murni
seperti segolongan orang Islam itu yang bertaraf pensyarah tapi masih
dangkal dalam masalah ini? Atau menyalak seperti sebahagian
cybertroopers yang menggunakan akaun palsu yang menggunakan
gambar-gambar orang lain untuk terus kutuk usaha suci ini ?
Fikirkan.
Kalau tidak boleh pergi pun ke himpunan ini, mestilah kita ada niat
dalam hati supaya usaha untuk tegakkan hukum Islam berjaya
dimartabatkan.
Infiru muslimin! Ayuh UNGUkan Padang Merbok!