DenyutReformasi

Bung Mokhtar Mungkin Kecundang Kepada Hajiji Untuk Jadi Ketua Menteri


Oleh Shahbudin Husin

Siapa akan jadi Ketua Menteri sekiranya Gabungan Rakyat Sabah berjaya menewaskan Warisan pada PRN 26 September nanti, bukan saja isu yang terus menjadi perdebatan sehingga ini, malah ternampak makin hari makin bertambah kusut jadinya.

Di pihak PN, terutamanya Bersatu, nama yang dicanangkan ialah Hajiji Noor, Adun Sulaman sejak 2004 yang juga merupakan Pengerusi Bersatu Sabah.

Sementara di pihak BN, khususnya UMNO, calon Ketua Menterinya ialah Bung Mokhtar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan yang kali ini turun bertanding di Dun Lamaq.

Bung Mokhtar juga adalah Pengerusi UMNO dan BN Sabah.

Walaupun PN, BN dan PBS setuju bergabung di bawah Gabungan Rakyat Sabah sebagai simbol kesatuan untuk menumbangkan Warisan, hakikatnya calon Ketua Menterinya tetap ada dua.

Sesungguhnya keadaan ini adalah sesuatu yang memalukan dan menggambarkan kegagalan Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri yang mengumumkan pembentukan Gagasan Rakyat Sabah sehari sebelum hari penamaan calon, 12 September lalu.

Lebih buruk, setelah Muhyiddin sendiri melontarkan nama Hajiji tanpa berunding dengan UMNO dan BN, pemimpin Bersatu yang lain seperti Azmin Ali menghangatkan lagi perdebatan mengenai perkara itu dengan memberi sokongan serta pujian terbuka terhadap Pengerusi Bersatu Sabah itu yang digambarkannya lebih layak, lebih dihormati dan lebih bersih untuk menduduki kerusi Ketua Menteri.

Kata-kata Azmin itu sekaligus memberi gambaran Bung Mokhtar tidak berapa layak, tidak cukup dihormati dan tidak seratus-peratus bersih jika dibandingkan dengan Hajiji.

Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang memang diketahui menyokong Bung Mokhtar untuk jadi Ketua Menteri tentu saja segera “melompat” apabila Bersatu berterusan membangkitkan perkara yang tidak pernah diperbincangkan itu.

Pada mulanya beliau berkata, soal siapa jadi Ketua Menteri Sabah hanya akan diputuskan setelah BN dan sekutunya berjaya memenangi PRN 26 September nanti.

Semalam pula, Zahid Hamidi berkata, parti yang memenangi kerusi terbanyak sepatutnya diberi hak memilih calon Ketua Menteri.

Dengan BN bertanding 41 kerusi, manakala PN hanya 29 kerusi, Zahid Hamidi dengan jelas cuba mengingatkan Bersatu agar “jangan lebih lajak daripada laju” dalam menuntut kerusi tersebut kerana parti itu hanya bertanding sedikit kerusi saja.

Daripada satu segi, oleh kerana BN bertanding lebih banyak kerusi, Bung Mokhtar lebih mempunyai peluang berbanding Hajiji untuk menjadi Ketua Menteri.

Tapi, adakah matematik politik selalu begitu?

Berdasarkan perkembangan setakat ini, persaingan pembangkang iaitu BN, PN dan PBS untuk berhadapan dengan Warisan adalah cukup sengit dan mencabar.

Ia ditambah lagi dengan berlakunya pertindihan calon sesama sendiri dalam kelompok Gabungan Rakyat Sabah di 17 kawasan, selain turut serta bertanding Parti Cinta Sabah, pimpinan Anifah Aman yang diramalkan tidak mustahil mampu membuat kejutan memenangi beberapa kerusi.

Dengan yang demikian, tiada parti dijangka mampu berdiri sendiri untuk membentuk kerajaan selepas keputusan 26 September nanti.

Ini bermakna, walaupun BN bertanding 41 kerusi, tetapi ia dilihat mustahil mampu menang sekurang-kurangnya 37 kerusi iaitu jumlah paling minima untuk menubuhkan kerajaan.

Mahu tidak mahu, meski berpotensi memenangi lebih banyak kerusi, BN tetap memerlukan sokongan daripada PN yang bertanding 29 kerusi dan PBS yang bertanding 22 kerusi bagi mencukupkan angka membentuk kerajaan.

Malah, sekiranya Parti Cinta Sabah turut memenangi sejumlah kerusi, sokongan mereka juga adalah diperlukan sama.

Jika demikian, andai ditakdirkan Warisan berjaya ditumbangkan, siapakah antara Bung Mokhtar dan Hajiji yang lebih berpeluang menduduki kerusi Ketua Menteri mewakili Gabungan Rakyat Sabah?

Harus diakui bahawa jika itu berlaku, peluang Hajiji adalah lebih tinggi berbanding Bung Mokhtar.

Ini kerana berbanding Bung Mokhtar, Hajiji dikatakan lebih mudah mendapat sokongan daripada PBS, parti yang setuju berada dalam Gabungan Rakyat Sabah dan menerima kepimpinan Muhyiddin, tetapi tidak menyertai PN atau BN.

Selain itu, sekiranya sokongan daripada Parti Cinta Sabah juga diperlukan, parti itu dipercayai lebih sedia menerima Hajiji berbanding Bung Mokhtar.

Dalam hal ini, pada malam 26 September nanti, andai Warisan kecundang di mana UMNO serta BN mungkin menang lebih banyak kerusi berbanding PN, tetapi Hajiji daripada Bersatu lebih berpeluang untuk menduduki kerusi Ketua Menteri.

 

Demam pilihan raya sudah dirasai, tetapi ia tidak Oktober

Oleh Mohd Sayuti Omar

GEJALA menunjukkan demam pilihan raya bakal terjadi sudah mula dirasai. Sudah ada tanda-tanda kecil berupa rumours mengenai Piraum ke-15. Konon ia akan diadakan dalam tempoh terdekat secara mengejut. Tarikh paling awal Oktober dan kerap disebut, tiga bulan sahaja lagi?

Ada alasan kenapa tarikh itu disebut. Kononnya untuk mengelakkan berlaku petaka yang boleh menyebabkan kerajaan PN jatuh tergolek apabila Bajet 2021 dibentang nanti ia tidak mendapat undi secukupnya.

Apa yang berlaku dalam proses pelantikan speaker baru-baru ini dijadikan indikator bahawa kerajaan PN dan Muhyiddin dalam keadaan demam tidak kebah. Pengosongan jawatan speaker untuk memecat Mohamad Ariff yang diusulkan perdana menteri diterima dengan kelebihan hanya dua undi sahaja 111 - 109.

‘Masih ada profesional Melayu tidak sanggup jadi tali barut kepada penyangak’

Oleh A Kadir Jasin

Kalau orang Melayu kenal diri dan mengamalkan ciri-ciri bangsa dan agama mereka maka jadilah mereka insan yang unggul, iaitu seorang yang berbudi kerana dia Melayu dan beriman kerana dia Muslim.

Insan budiman kerana berbudi dan beriman. Tetapi maaf cakaplah kalau saya ulang sebut bahawa sangat banyak Melayu hari ini yang palsu budi dan imannya.

Bangsa sekadar slogan politik dan agama bahan peragaan untuk dihebahkan melalui tampalan media sosial.

Walaupun semakin ramai Melayu berpendidikan tinggi tetapi ramai tidak kenal diri. Mereka menjadi hamba kepada kejahilan dan kemiskinan, feudalisme dan kebergantungan.

Anwar calon paling layak sebagai PM

Dalam sejarah Malaysia, kerajaan Barisan Nasional ditumbangkan rakyat selepas 61 tahun berkuasa kerana tidak berpuas hati dengan penyelewengan, menyalahgunakan kuasa, boros, dan rasuah yang menjadi amalan biasa.

Justeru, rakyat memberi mandat kepada pemerintahan baru, iaitu Pakatan Harapan untuk menghancurkan penyelewengan yang dilakukan pemimpin kleptokrasi.

Kerajaan baru mula menyiasat kes berskala besar seperti 1MDB, Tabung Haji, dan banyak lagi.

Malaysia Baharu tetapi sejarahnya lama

Oleh PROF MADYA MOHD AFANDI SALLEH

Kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 yang lalu telah mencipta satu fenomena di mana semua bercakap dan melihat Malaysia yang berbeza dari perspektif yang sebelumnya.

“Malaysia Baharu” telah menjadi satu istilah yang popular untuk menandakan era pentadbiran lama yang penuh korup dan skandal telah berakhir.

Reformasi sistem telah dilakukan di peringkat tertinggi pentadbiran kerajaan dan secara beransur mula mengambil tempat di setiap peringkat.

Menteri kecil berfikirlah yang besar?

Oleh Mohd Sayuti Omar

PARA anggota kabinet kerajaan Pakatan Rakyat (PH) yang dibina oleh Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri selepas 9 Mei 2018 lalu berlumba-lumba untuk menunjukkan kebolehan dan dalam masa sama untuk mencari populariti menerusi portfolio masing-masing.

Mereka mahu menunjukkan kemampuan dan kelayakan masing-masing sebagai menteri. Kemampuan mereka itu penting, kerana akan memberi gambaran mereka berjaya menjadi menteri seperti mana diharapkan oleh rakyat atau sebaliknya.


Selebihnya jika mereka dapat mencapai prestasi mampan mereka akan terus dibenar berkhidmat membangun rakyat dan negara dan tidak tercicir kalau diadakan rombakan kabinet.