Sekretariat Himpunan RUU 355 menasihatkan agar setiap kenderaan
terutamanya bas-bas persiaran dan sewa khas yang membawa peserta
Himpunan RUU 355 pada hari Sabtu, 18 Februari 2017 agar mematuhi serta
mengikuti arahan yang telah di tetapkan. Ini adalah untuk mengelakkan
berlakunya kesesakan di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur berikutan
jangkaan kehadiran yang ramai pada hari perhimpunan tersebut.
Oleh
itu, adalah diminta semua kenderaan terutamanya bas persiaran atau sewa
khas yang membawa peserta RUU 355 mematuhi arahan berikut:
1 ) Bas Persiaran Dan Bas Sewa Khas.
Pergerakkan untuk bas yang masuk dari luar Kuala Lumpur adalah seperti berikut :
i ) Dari Utara. (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak)
Dari Tol Jalan Duta - Jalan Kuching - Bulatan Jalan Kinabalu – Jalan Sultan Salahuddin. (Kompleks JKR Wilayah Persekutuan)
ii )Dari Pantai Timur. (Kelantan, Terengganu, Pahang)
Dari Tol Gombak – Lebuhraya DUKE – Jalan Kuching – Bulatan Jalan Kinabalu - Jalan Raja Laut. (Medan MARA)
iii ) Dari Selatan. (Johor, Melaka, Negeri Sembila )
Dari
Tol Sungai Besi – Jalan Sungai Besi – Jalan Istana – Jalan Dewan Bahasa
– Jalan Wisma Putra – Jalan Maharaja Lela – Jalan Kinabalu. (Masjid
Negara)
2 ) Menurun Dan Mengambil Peserta.
Bas Dari Utara.
i ) Menurun & mengambil perserta berhampiran dengan Kompleks JKR Wilayah Persekutuan di Jalan Sultan Salahuddin.
Bas dari Pantai Timur.
ii ) Menurun & mengambil peserta di Medan Mara, Jalan Raja Laut.
Bas Dari Selatan.
iii ) – Menurun & mengambil peserta di Masjid Negara.
3
– Kesemua bas persiaran dan bas sewa khas hanya di benarkan menurunkan
serta mengambil penumpang sahaja. Tidak di benarkan menunggu serta
meletakkan kenderaan di kawasan terbabit.
4 – Kesemua pemandu
bas-bas tersebut diminta untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan
parkir pekarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Kenderaan Persendirian.
Untuk
kenderaan persendirian, tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di
sekitar Padang Merbok, Kuala Lumpur untuk tidak mengganggu lalu lintas
dan pergerakan peserta di kawasan tapak program RUU 355 dan
persekitarannya.
Dinasihatkan agar semua pemilik kenderaan
persendirian agar meletakkan kenderaan di kawasan parkir sekitar kawasan
Bandaraya Kuala Lumpur. Untuk memudahkan pergerakan di kawasan
bandaraya untuk ke tapak program RUU 355, peserta adalah dinasihatkan
untuk menaiki pengangkutan awam seperti LRT dan Komuter untuk memudahkan
pergerakan ke sana.
Kamaruzaman Mohamad
Setiausaha Jawatankuasa Perlaksana
Himpunan RUU 355