DenyutReformasi

Media baru: PAS di depan

Oleh Abd Shukur Harun

DENGAN anggaran berjutajuta pelanggan media baru – blog, laman sesawang, on-https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBy0H_Yq98V_lclNHF-rQ81rFgf4KBVn8AAw6SFz_O_bhWyNI8EINSGU0DbGzsMSRWFkE2MuKk0LuM4C2VoJ41LC_ry5jpzYZnvJpuA-g9NHerzZoWqjbBdVpqvN9zPESHKfEbf7nW3uND/s1600/internet.jpgline news, twitter, facebook dan sebagainya – bermakna media baru ini menjadi ‘mainstream media’, atau media arus perdana. Media arus perdana bukan lagi media akhbar harian dan saluran TV tradisional seperti yang digambarkan selama ini.

Ini bermakna pelanggan akan terdedah kepada media baru atau media alternatif untuk mendapat maklumat terkini, belum lagi dikira media alternatif lain berbentuk media cetak seperti Harakah, Suara Keadilan, DAP, Selangorkini, Selangor Times, TVPAS, TV Selangor, akhbar rasmi Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan sebagainya.

Ini perkembangan yang sangat menarik untuk diperhatikan, khususnya menjelang PRU13 nanti. Dengan kira-kira 12 juta pengundi Malaysia, saya fikir, mereka – terutama pengundi bandar dan semi bandar – akan mendapat maklumat yang pelbagai, bukan lagi daripada sumber maklumat tradisional.

PAS sendiri sebagai parti politik dan gerakan Islam yang telah berusia 60 tahun, kini dengan aktifnya memanfaatkan media baru ini. Selain daripada akhbar Harakah, ia juga menyediakan Harakahdaily.

net – edisi internet seawal 1997 yang dilancarkan oleh Presiden PAS ketika itu, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor dengan kini Ketua Pengarangnya, Zulkifli Sulong.

Sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan IT PAS Pusat dengan Suhaimi Embong menjadi pengarah dan Ahmad Jamal Shafie sebagai setiausahanya serentak juga dengan penubuhan Sekretariat dan Latihan IT-nya. Pengerusi Lajnah IT PAS Pusat ini ialah Ustaz Abd Ghani Shamsudin, seorang ulama PAS yang menguasai ilmu mengenai teknologi maklumat.

Menurut Suhaimi, kini sudah ada pula akhbar Harakah versi digital, e-Harakah, yang ditubuhkan tahun lalu. Menurut beliau lagi, akhbar digital ini sama seperti kita membaca akhbar Harakah versi cetak secara on-line. Bezanya ia dicapai dalam talian dan dan boleh dicetak sendiri.

Perkembangan selanjutnya, media baru Harakah melalui telefon bimbit yang boleh memanfaatkan facebook, twitter, SMS dan berita terkini melalui harakahnews.

Membuktikan kesungguhan terhadap penggunaan media baru/alternatif ini, Oktober lalu, Lajnah ICT dan Jabatan IT PAS Pusat Dengan Kerjasama Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat telah menganjurkan Persidangan ICT 2011 Media Baru dengan tema ‘Revolusi Teknologi Maklumat Menghadapi PRU13’. Persidangan tersebut dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di KUIZM Taman Melewar, Gombak.

Sementara itu, pengaruh lidah rasmi Harakah begitu besar sehingga mencecah hampir dua juta pembaca pada setiap bulan dan ini menjadikan akhbar bercetak ini bertahan begitu lama berbanding dengan akhbar tabloid yang lain di negara ini. Mac tahun depan, Harakah akan menyambut Jubli Perak 25 tahun dan dalam tempoh itu pelbagai pahit maung diharungi, namun, atas kegigihan pucuk pimpinan ia muncul sebagai akhbar alternatif yang sangat berpengaruh.

Saya menyebut semuanya ini untuk menggambarkan bahawa PAS sudah berusaha menyediakan prasarana media baru, atau media alternatif, walaupun belum benar-benar mencukupi.

Dalam hal ini saya mengkagumi usaha sekumpulan jurutera muda dan pakar ICT yang ada di dalam PAS - menjadi sebuah pasukan yang sangat bermakna untuk mendedahkan PAS kepada khalayak yang lebih luas. Kumpulan profesional ini seperti Wan Asrul Affendi, Zarina Oman, Rosli Yamin, Ahmad Jamal Shafie, Rusli Yusman, Mizan Muhd Nor dan Shafie Abd Wahab.

Sementara pegawai IT sepenuh masa ialah Abdullah Atan, Hadijah Hassan dan pegawai lain Fadzil Harun, Syarul Sazli Shaharir dan Munir Abd Rahman. Mereka inilah petugas di belakang layar yang bertungkus lumus pada setiap program parti. Ini belum lagi disebut demikian ramai pegawai IT PAS setiap negeri yang telah memperlihatkan perkembangan dan kemajuan luar biasa di bidang tersebut.

Di peringkat negeri dan kawasan PAS pula, juga sudah ditubuhkan unit teknologi maklumat, walau di pedalaman mana pun PAS berada untuk menyampaikan maklumat di tempat tersebut.

Presiden PAS, Dato’ Seri Abd Hadi Awang, adalah tokoh pimpinan yang sudah lama memberi perhatian kepada perkembangan IT ini di mana sejak dulu lagi beliau sudah menguasai teknologi baru ini. Ini diikuti dengan tokoh pimpinan yang lain, di mana masingmaing mempunyai blog, twitter dan facebook sendiri. Cuma masalahnya kadang-kadang ada blog yang beberapa hari tidak di up-date, namun saya memahami disebabkan pemimpin ini begitu sibuk.

Dalam kata-kata aluannya di Persidangan ICT 2011 Media Baru itu, Presiden PAS mengharapkan pendukung PAS supaya melipatgandakan usaha penyebaran maklumat dan penggunaan ICT dalam aspek gerak kerja pilihan raya bagi menyaingi lawan PAS/ Pakatan Rakyat dalam PRU yang menggunakan jentera yang tidak adil.

Media baru ini, katanya, sebagai medium dakwah untuk membetulkan manusia dan mengambalikannya ke jalan yang benar. Beliau berterima kasih kepada Lajnah ICT dan Lajnah Penerangan serta ‘anak buah; mereka yang memberikan sumbangan besar.

Demikianlah PAS secara amat sedar sedang memanfaatkan media baru ini dengan segala kemampuannya, walaupun usaha ini masih perlu dipertingkatkan. Ini kerana PAS sedar bahawa pertarungan sengit dalam PRU13 nanti, bukan saja di Unit Peti Undi, tetapi juga di bidang media, di samping ceramah biasa.

Dapat dibayangkan bagaimana sengit dan ‘riuh rendah’ pilihan raya umum akan datang. Cuma yang sangat membimbangkan PAS-Pakatan Rakyat ialah andainya berlaku penipuan, penyelewengan, rasuah, diskriminasi, ugutan dan pelbagai tindakan seumpama itu dari parti lawan. Ini tidak memungkin pertandingan di atas padang yang sama rata.

Tidak mudah untuk sebuah parti seperti Umno- BN yang memerintah selama lebih setengah abad untuk menghadapi dan menerima kekalahan, melainkan ia akan mempertahankannya dengan apa cara. Namun, saya yakin PAS-Pakatan Rakyat sudah bersedia dengan pelbagai langkah untuk menghadapi situasi sedemikian rupa.