Oleh Ahmad Lutfi Othman
SEGALA yang perlu telah dilakukan. Kempen dan usaha meyakinkan pengundi bahawa era Umno-BN sudah berakhir serta perlu ditamatkan juga telah dijalankan.
Alhamdulillah, selama sebulan sebaik Parlimen dibubarkan, kami di
Harakah, bersama petugas pilihan raya Pakatan Rakyat yang gigih
mengatur gerakerja, cuba menyedarkan pengundi agar dapat membuat
pilihan tepat.
Melalui beberapa produk baru seperti sisipan
Bangkit dan tabloid Inikalilah! – selain Harakah sedia ada - kami
bersyukur dapat terus menyumbang dengan menawarkan berita-idea. Kami
bukan setakat tidak mahu tertinggal dalam babak penting sejarah negara
ini, tetapi mahu turut serta proaktif untuk membentuk Malaysia baru,
yang lebih damai, sejahtera dan adil untuk semua warganya.
Malaysia terlalu kaya untuk ber terusan dibolot elit penguasa, kroni dan
suku-sakat mereka. Ketamakan Umno-BN tidak pernah mengenal had dan
batasan. Tsunami Mac 2008 memang tidak pernah memberi iktibar bermanfaat
untuk pemimpinnya meng insafi makna sebenar amanah kepemimpinan.
Cukuplah. Tempoh 57 tahun Umno-BN menerajui negara sudah lebih daripada
memadai. Mereka perlu direhatkan, sekurangkurangnya untuk lima tahun,
ke rana bukan saja sudah kurang upaya membangunkan orang Melayu-
Bumiputera tetapi telah banyak memudaratkan kesentosaan hidup rakyat
berbilang kaum negara ini.
Penggiliran parti pemerintah adalah
lumrah di mana-mana negara yang berkembang maju. Parti yang gagal
memikul tanggungjawab dengan baik harus diundurkan.
Malah, jika kerajaan baru terbentuk dan terbukti tidak berjaya memenuhi aspirasi rakyat, ia juga harus ditukar.
Kali ini, saya yakin majoriti rak yat sudah bertekad mahu melakukan
perubahan. BN boleh meng hasut de ngan apa jua tohmahan, tetapi rakyat
terbukti bijaksana membuat penilaian dan bakal memutuskan bahawa pe
luang mesti diberikan kepada Pakatan Rakyat.
Insya-Allah, anda tidak perlu takut untuk mengubahnya. INIKALILAH!