DenyutReformasi

Menjadikan PAS parti masa depan

Oleh Abu Firdaus

Untuk melihat bagaimanakah masa depan sesebuah parti, maka wajar dihttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxezTnnUCNHJH2zjYjzjNAjiq9Q_rxC3sWVN7ySiPeF-C2N8HVX9yAJbOIhRdYbby6nBPHt8XihFU1J7gRBe1kYL5rnnIAlLj7fCfQFhlImuIbxJT0eoExBmBPL3cLrAOYshQ4sEKfk-bC/s400/pemuda+pas.jpgperhatikan muktamar pemuda-pemudinya. Itulah harapan masa depan parti.Bagi pemuda, dapat dilihat perkembangan yang berlaku dalam Dewan Pemuda PAS sementara dalam pemudi pula, diteliti pula Dewan Muslimatnya.

Ruang waktu bagi golongan muda tidaklah lama. Sekitar 20 tahun saja. Daripada 20 tahun iaitu baru keluar sekolah hinggalah 40 tahun. Selepas itu sudah menjadi golongan tua.

Dalam masa 20 tahun inilah seseorang boleh mencorak dirinya dan peranannya dalam parti. Untuk tempoh ini, ia bermakna ada 20 kali muktamar jikalah seseorang itu istiqamah dan menyertai parti dalam waktu yang muda.

Sepanjang 20 tahun itu, pilihan raya yang dilalui adalah kira-kira empat kali saja. Maka untuk menjamin masa depan parti, Dewan Pemuda wajar mendapatkan sebanyak anak-anak muda untuk menyertainya.

Hanya anak-anak yang komited boleh terus aktif dalam parti sepanjang hayat. Tidak banyak yang dapat bertahan begini lama. Tetapi kualiti dan kuantiti anak muda yang terlibat dalam parti akan mencorak masa depan.

Justeru, saban tahun, di muktamar inilah yang dapat dilihat wajah-wajah baru anak muda yang akan terus menggerakkan parti.

Keutuhan parti masih berpegang pada fahaman politik yang dianuti dengan kepimpinan berkesan. Tentulah anak-anak muda PAS ini berasal daripada pelajar-pelajar yang komited untuk berpolitik.

Dari persatuan-persatuan mahasiswa, siswa dan pelajar Islam yang berpusat di masjid dan surau di seluruh pusat-pusat pengajian ini, maka akan lahir aktivis-aktivis pemuda.

Maka di mana-mana mereka berada, pastinya bagi yang berupaya, penggabungan dalam Dewan Pemuda adalah satu langkah yang akan mencorakkan negara.

Sememangnya bukan senang untuk aktif dalam parti. Terutama apabila bertembung antara personaliti dalam jemaah. Ia bukan soal pegangan politik dan prinsip perjuangan, tetapi lebih penting ialah bagaimana mana seseorang mengurus perasaan diri dan orang lain dalam kehidupan berorganisasi.

Sebagai pendokong muda, mereka harus berjinak-jinak dengan muktamar. Mula-mula sebagai pemerhati. Kemudian berkembang menjadi perwakilan pemuda. Itulah jejak pemimpin.

Tidak semua akan berupaya menjadi pemimpin. Tetapi kesemua pihak di dalam dan di luar parti yang akan menyumbang kepada keadaan parti.

Justeru, anak-anak muda PAS inilah yang akan mencorakkan parti bagi masa depan. Mereka yang akan menerjemahkan aspirasi parti untuk dihidangkan pada rakyat.

Tetapi kalau rakyat tidak mahu, bagaimana? Itulah indahnya sebuah gerakan Islam. Ia hanya merupakan gerakan dakwah yang mengajak rakyat untuk hidup secara benar.

Sementara kebenaran pula menimbulkan pelbagai tafsiran di mana generasi baru mempunyai pemahaman mereka tersendiri. Maka sewajarnya Dewan Pemuda dan sektor pemudi Dewan Muslimat mestilah hendaknya mempunyai pandangan berbeza daripada PAS Pusat.

Juga diingat bahawa perjuangan PAS bukanlah satu-satunya wadah gerakan Islam dalam negara. Banyak pihak yang memperjuangkan Islam lebih bersedia melakukannya dengan cara lain seperti NGO atau cara masing-masing.

Namun sebagai parti, hanya PAS merupakan wadah untuk menyalurkan suara undi dan seterusnya menghantar wakil ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri hingga membolehkan PAS membentuk kerajaan.

Melihat kepada Muktamar Dewan Pemuda PAS dan barisan pucuk pimpinannya adalah dirasakan lega bahawa masa depan parti ini cerah dengan ia akan mencorakkan politik negara dan dunia kepada keadaan yang lebih baik.