PETALING JAYA: Sejumlah 237 laporan penipuan PRU13 diterima pasukan
#SiasatPRU13 sepanjang minggu ini, dedah Pengarah Strategi KeADILan,
Rafizi Ramli.
Katanya, melalui analisa awal #SiasatPRU13, empat
kriteria dikenalpasti dalam siasatan, iaitu margin kemenangan tipis di
bawah lima peratus dan margin kemenangan tipis yang tidak sepadan dengan
undi rosak yang lebih besar dari majoriti kemenangan.
"Dua lagi
kriteria ialah peratusan undi pos dan undi awal yang mengatasi margin
kemenangan dari undi biasa sehingga keputusan pengundi biasa bertukar
akibat pola undi pos dan undi awal diragukan.
"Dan keempat ialah
kerusi yang dilaporkan wujudnya penipuan yang ada bukti kukuh beserta
laporan polis," kata Rafizi pada sidang media di Ibu Pejabat KeADILan.
Menurutnya, 27 kerusi Parlimen disenaraipendek untuk siasatan lebih
mendalam iaitu Bentong, Kuala Selangor, Baram, Sungai Besar, Pasir
Gudang, Labis, Machang, Ketereh, Titiwangsa, Tebrau, Bagan Serai, 237
laporan penipuan libatkan 27 kawasan Parlimen Kota Marudu dan Beaufort.
Selain itu ialah kerusi Parlimen Setiawangsa, Segamat, Ledang, Balik
Pulau, Kulim Bandar Baharu, Pulai, Kuala Kangsar, Muar, Pendang, Hulu
Selangor, Sabak Bernam, Merbok, Pensiangan dan Saratok.
Tambah
Rafizi, setakat ini beliau turut menerima aduan salah laku pilihan raya
di lapan kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun), kebanyakannya dari Pulau
Pinang, Perak dan Kedah.
Enam jenis kesalahan pilihan raya
dikenal pasti dan proses mengumpul bukti sedang dilakukan minggu ini.
Kesalahan pilihan raya tersebut ialah:
1. Pengundi tidak
dibenarkan mengundi kerana undi sudah dibuang orang lain, membuktikan
wujudnya pengundi hantu dalam daftar pengundi.
2. BN membeli undi dengan menawar dan membayar wang atau baucer yanng boleh ditukarkan tunai kepada pengundi.
3.
Wujud pengundi-pengundi tidak dikenali didaftarkan di alamat pemilik
rumah, berdasarkan laporan polis dibuat pemilik rumah asal.
4. Dakwat kekal yang hilang dan tidak menepati syarat pengurusan pilihan raya.
5.
Kesalahan SPR seperti menandatangani Borang 14 sebelum pengiraan
bermula, atau tidak memberi salinan Borang 14 seperti diperuntukkan
Undangundang.
6. Pengundi disyaki warganegara asing yang diberikan kad pengenalan dan dibenarkan mengundi.
Justeru, Rafizi menggalakkan saksi atau mereka yang mempunyai bukti
kesalahan pilihan raya untuk tampil membantu pasukan #SiasatPRU13 yang
memulakan siasatan minggu ini.
"Kita perlu seminggu lagi untuk
membina kes. Minggu ini, kami dibantu 67 sukarelawan yang terdiri dari
peguam dan akauntan. "Selain analisa kualitatif dibuat #SiasatPRU13,
pasukan ini juga menjalankan analisa kuantitatif untuk mengenalpasti
pelbagai perkara.
"Ini menguatkan lagi sentimen rakyat bahawa PRU13 dimenangi Barisan Nasional melalui penipuan," kata Rafizi.