DenyutReformasi

Harapan menggunung rakyat kepada Pakatan

Oleh ARIF ATAN
KUALA LUMPUR: Rakyat pelbagai latar belakang menyuarakan hasrat menuntut perubahan lebih baik
selepas PRU13 ini. Harapan sudah tentulah disandarkan kepada Pakatan Rakyat selepas menyaksikan secara sedar kepincangan pelaksanaan Umno- BN sepanjang diberi mandat mentadbir negara ini.
Calon PhD Tahap Akhir di universiti luar negara, Mohammad Azizan, 32, berharap tumbangnya kerajaan Umno-BN pada 5 Mei depan sebagai titik-tolak untuk mengembalikan kegemilangan sebenar institusi pengajian tinggi tempatan.
“Kerajaan Umno-BN hanya mementingkan pencapaian ‘ranking’ melalui bermacammacam Indeks Prestasi Utama (KPI) dalam penyelidikan tanpa mengutamakan pembudayaan ilmu dan pembentukan sahsiah di kalangan penuntut.

“Akibatnya, ahli akademik pun beralih arah hanya mementingkan KPI dan mementingkan diri sendiri untuk mendapatkan jawatan dan pangkat sehingga mahasiswa kita terus hanyut dengan hedonisme,” tegas penerima anugerah Commonwealth Scholarship itu lagi.
Tambahnya lagi, perubahan dari aspek kepimpinan negara perlu segera dilakukan supaya rombakan sistem pendidikan negara sehingga ke peringkat tinggi menjadi realiti.
Sementara itu, Khairi Azuan, 27, berpendapat mandat yang diberi kepada Pakatan Rakyat diharap dapat memberi ‘nafas’ kepada warga sekolah dengan mengkaji semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang terdedah kepada manipulasi yang dikhuatitiri menjejaskan pencapaian murid.
“Selain itu tindakan ‘fl ip-fl op’ dalam keputusan berkaitan pendidikan seperti yang selama ini berlaku sepanjang pemerintahan Umno-BN juga diharap tidak berulang selepas Pakatan Rakyat berkuasa di Putrajaya kelak,” jelasnya dari Johor.
Angin kencang perubahan rakyat yang sudah mual dengan kebejatan Umno-BN turut diharapkan bertiup melanda Bumi Kenyalang.
Penuntut Universiti Malaya, Yusuf Jalli, 25, berharap penyebaran rakaman video tentang gejala kronisme dan nepotisme Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud di laman YouTube dapat membangkitkan kesedaran pengundi untuk segera ‘menyelamatkan’ diri.
“Pengundi Sarawak seramai 1.086 juta orang janganlah biar diri ditindas lagi. Berani berubah dalam PRU13 ini dengan menyingkirkan calon yang tidak peduli dan merampas hak rakyat terbanyak,” ujarnya walaupun mengakui kemampuan untuk Pakatan Rakyat menang di negeri itu tipis kerana faktor kekangan demografi dan sentimen pengundi.
Tindakan Pengerusi BN, Dato’ Seri Najib Tun Razak menafi kan hak wanita Umno untuk mengambil bahagian dalam PRU13 juga merupakan petunjuk kepada golongan Hawa di negara ini untuk berubah kepada Pakatan Rakyat.
Menurut Ketua Muslimat PAS Lembah Pantai,  @Askolani, krisis yang melanda BN itu jelas ketara apabila Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim terpaksa bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.
“Sedangkan kita tahu, peranan wanita dalam meraih undi kepada pemimpin untuk terus menyambung kuasa politik mereka tidak harus dipandang sebelah mata. “Malangnya, Najib sendiri sebelum itu ‘merampas’ kerusi Menteri Wanita apabila memangku jawatan itu. Senator Shahrizat juga tidak dilanjutkan ekoran meletupnya skandal projek lembu berjumlah RM250 juta itu,” katanya lagi.
Pakatan Rakyat juga mendapat dukungan kuat generasi muda kerana menjanjikan usaha yang realistik meringankan beban untuk memenuhi keperluan mendesak mereka pada masa ini.
Mohd Sabri, 28, yakin Pakatan Rakyat akan menyemak semula harga kereta dan kediaman mampu milik setelah sekian lama harga keduadua keperluan itu dimanipulasi oleh kroni pemimpin Umno-BN.
“Jadi, molek benar kita menangkan Pakatan Rakyat dalam PRU13 ini sebab melalui manifesto dan kempennya jelas ada usaha untuk mencapai hasrat tersebut. “Rakyat kena ‘ajar’ BN yang sebelum ini hanya menimbunkan harta kekayaan kepada anak-beranak dan kenalan rapat mereka sahaja,” Khairi Azuan Muhammad Azizan Mohd Sabri Yusuf Jalli Harapan menggunung rakyat kepada Pakatan Rafi za Shahean katanya lagi dari Petaling Jaya itu.
Sesuai dengan tema manifesto Pakatan Rakyat berbunyi, ‘Pa-katan Harapan Rakyat’, begitulah juga tingginya hasrat segenap lapisan masyarakat hari ini pada fajar 6 Mei nanti!