Oleh Mohammed Bukhairy Mohammed Sofian
Semalam empat orang aktivis iaitu Haris Ibrahim (ABU), Safwan Anang
(SMM), Tian Chua (PKR) dan Tamrin Ghaffar telah ditangkap untuk siasatan
di bawah Akta Hasutan. Dakwaan ini berkenaan ucapan mereka pada program
Malam Anak Bangsa Malaysia pada 13 Mei lalu.
Hari ini kesemua
mereka telah dibawa ke mahkamah untuk dibaca pertuduhan. Mereka semua
tidak mengaku bersalah dan masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak
RM5,000.
Namun Safwan Anang membuat keputusan di luar jangkaan
bahawa dia enggan diikat jamin. Semasa pendengaran perbicaraan beliau
menyatakan bahawa dia tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta
menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah. Namun apa yang
mendukacitakan ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi
tunggangan untuk kepentingan politik Umno BN.
Beliau sempat memberi 3 pesanan penting kepada kami supaya disampaikan kepada rakyat seluruhnya;
1) Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini
sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salahguna kuasa
untuk kepentingan hayat Umno BN.
2) Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin pulihkan demokrasi yang makin tenat.
3) Dan ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar
serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di
luar sana tetap akan terus bangkit brrjuang lawan penipuan!
Dalam fasa kebangkitan anak muda hari ini, Umno BN jelas terdesak
sehingga sanggup menggunakan apa cara sekalipun demi menjaga survival
politik mereka yang kian rosak. Tangkapan kepada mahasiswa dan anak muda
jelas bermotif politik demi menyekat kemaraan dan kebangkitan yang kian
memuncak. Kerajaan minoriti ini jelas tergugat dengan kebangkitan
rakyat.
Demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di
Malaysia, Safwan Anang rela untuk terus dikurung di lokap. Safwan Anang
rela berhadapan dengan polis dan SB sepanjang di dalam lokap nanti.
Safwan Anang rela untuk tidur beralas simen dan makan ala kadar seperti
banduan. Safwan Anang berkorban masa untuk bersama isterinya yang sedang
mengandung. Ini semua demi perjuangan menuntut keadilan.
Justeru saya seru seluruh mahasiswa, anak muda dan rakyat yang
cintakan keadilan untuk sama-sama bangkit lawan regim yang jelas
menindas rakyat dengan kekuasaan. Ayuh kita nyatakan solidariti untuk
Safwan Anang dengan berhimpun secara aman di hadapan Lokap Sungai Buloh.
Penulis ialah Presiden PMIUM dan Sekretariat SMM.