TUMPAT: NGO menuntut royalti untuk Kelantan, R telah
menghantar sampel minyak yang ditemui di sebuah telaga dekat sini untuk
dianalisa oleh sebuah syarikat geosains terkemuka di Kuala Lumpur.
Presiden
R, Nazri Deraman dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah mengambil
sampel minyak itu dan dihantar kepada syarikat berkenaan untuk dianalisa
semalam.
Penduduk Pasir Pekan semalam mendapati minyak keluar melalui telaga mereka.
Ekoran
itu, pihak R yang diketuai Nazri dan di iringi oleh Timbalan Presiden
R, Haji Shakur Shariee dan Setiausaha R, Mohd Hisyamuddin Ghazali telah
pergi melawat tapak penemuan minyak di dalam telaga di Pasir Pekan pada
jam 5.30 petang semalam.
Hasil
penemuan dan temubual dengan penduduk agak mengejutkan, kerana minyak
memang terdapat dalam telaga di 3 buah rumah berasingan.
(Nazri meneliti minyak yang diambil dari sebuah telaga di Pasir Pekan)
Lebih 100 liter telah dikumpul sejak 4 bulan yang lalu, malah minyak tersebut mampu menghidupkan enjin mesin rumput.
Bagi
membantu penduduk setempat, pihak R telah mengambil langkah segera
dengan mengambil sampel minyak tersebut untuk dihantar ke sebuah
syarikat swasta geosains terkemuka di Kuala Lumpur.
Sebelum ini
mantan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa pernah menyatakan
bahawa terdapatnya minyak di dalam perut bumi Tumpat dan Kota Bharu
mengikut kajian geosains semasa.
Sebenarnya penemuan minyak di
darat adalah bukan perkara mustahil kerana di Indonesia, penemuan Minyak
di Darat di Blok Cepu, Jawa Timur dan Jawa Tengah sejak dulu lagi.
Malah
di Malaysia juga ditemui minyak di darat seperti penemuan minyak di
Sarawak oleh Petronas, iaitu penemuan di daratan yang pertama di negara
ini selepas 24 tahun.
Penemuan itu dibuat di telaga Adong Kecil
West-1, yang terletak kira-kira 20 kilometer di timur laut bandar raya
Miri. Ia digerudi oleh JX Nippon Oil & Gas Exploration (Onshore
Sarawak) Ltd, iaitu operator bagi Blok SK333 dengan usaha sama Petronas
Carigali Sdn Bhd.
Kali terakhir minyak dan gas ditemui di daratan
Malaysia ialah pada 1989, iaitu di medan Asam Paya yang juga terletak
di Sarawak.
Pada masa yang sama R menuntut Perdana Menteri agar
membayar Royalti 20% kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak seperti
yang dijanjikan beliau semasa berkempen Pilihanraya 13 di Sabah
tempohari.
Sekiranya beliau tidak melaksanakan janji tersebut,
rakyat Sabah dan Sarawak perlu bangkit menuntut hak mereka seperti
dijanjikan untuk pembangunan negeri mereka sendiri.