Dalam tulisan di blognya, zamkata.blogspot.com semalam, beliau berkata
usaha Najib untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin popular menyebabkan
perdana menteri itu dilihat sebagai seorang yang meniru orang lain dan
bukannya seorang pemimpin.
Katanya, beliau juga melihat Umno dalam
keadaan "panik" apabila timbul cadangan untuk menjadikan BN sebagai
sebuah parti tunggal.
"Sesuatu cadangan yang serius patut
dikemukakan dalam keadaan tenang bukan dalam keadaan masih ribut.
Tidakkah ini menunjukan pemimpin-pemimpin UMNO berada dalam keadaan
panik.
"Jika mahu uji pandangan akar umbi pun bukanlah masa
sekarang ini," tulis Zainuddin yang juga pernah bertugas sebagai
wartawan Utusan Melayu.
Beliau mengkritik pengedaran kain rentang
'I love PM' pada kempen pilihan raya umum ke-13 yang menurutnya mungkin
diilhamkan oleh penasihat Najib.
Katanya, tindakan tersebut
hanyalah untuk menunjukkan kepada Najib bahawa pengerusi BN itu telah
mendapat sokongan khususnya daripada masyarakat Cina di Malaysia.
Sikap yang ditunjukkan oleh golongan pengundi berkenaan dalam pilihan raya umum lalu adalah sebaliknya.
Dalam
tulisan itu, Zainuddin berkata Najib ditonjolkan sebagai pemimpin yang
hidup seperti rakyat biasaa dan sanggup makan dan minum bersama rakyat
antaranya di gerai, kafe dan gerai mamak.
"Penasihatnya berfikir
bahawa gambar ini akan menunjukan Najib yang elitis dari keluarga
bangsawan hidup seperti rakyat biasa tetapi kepada rakyat adalah 'luar
biasa' kerana tidak pernah mereka terserempak dengan Najib di
tempat-tempat begini.
"Lebih luar biasa apabila diiringi oleh pengawal dan pembantu peribadi. Nampaklah kepura-puraan," kata Zainuddin.
"Kata
mantan Menteri Kewangan Daim Zainuddin, Anwar Ibrahim adalah clown
(lebih tepat dipanggil Raja Lawak). Kata saya, Najib adalah imitator.
Penasihatnya berkepala di awan tanpa kaki mencecah daratan. Inilah
penasihat yang patut disingkirkan."
Zainuddin berkata beliau
menerima kiriman SMS daripada seorang kawan dalam dunia korporat yang
mendakwa tindakan menunjukkan kain rentang 'I Love PM' adalah
"menjijikan" dan meminta Najib berhenti bersikap seperti pemimpin
mahasiswa.
Zam yang juga karyawan tamu Universiti Utara Malaysia
berkata sepatutnya Najib sedar negara ini masih belum keluar dari
keruncingan politik dengan cabaran daripada "raja lawak dan kepala
cauvanisme Cina" yang tidak dinamakannya.
"Negara belum keluar
dari keruncingan politik; keselamatan diancam oleh communist surrogate,
tiap hari ada tunjuk perasaan cina baju hitam cemarkan pilihan raya
yang sah, berbagai laporan palsu polis dibuat; blackout, dakwat padam,"
katanya