DenyutReformasi

Dakwat kekal tak perlu goncang

DAKWAT yang digunakan dalam pilihan raya lazimnya mengandungi 10 peratus, 14 peratus atau 18 peratus argentum nitrat AgNO3 (silver nitrate) yang larut. AgNO3 adalah hablur putih yang sangat larut dalam air, tanpa warna. Apabila terkena pada kulit manusia (misalnya), kita tidak akan sedar pada awalnya, tetapi apabila kering, tempat kena AgNO3 itu akan bertanda kehitaman.
Hal ini kerana AgNO3 bertindakbalas dengan garam yang ada pada kulit membentuk AgCl yang tidak larut dan berwarna (juga denga cahaya ultraviolet).

Warna kehitaman ini akan bertahan beberapa hari (bergantung kepada kandungan AgNO3 yg digunakan) dan akan hilang apabila sel-sel baru tumbuh (tisu kulit atau kuku) dan tisu lama (berwarna) hilang (gugur atau terhakis). Ia tak boleh di basuh dengan sabun, alkohol, nail polish remover atau bleach.
Lazimnya sedikit alkohol dicampurkan untuk mencepatkan pengeringan.
Apakah tujuan dakwat ini? Dakwat hanyalah untuk menandakan di mana-mana tempat yang telah ditandakan.
Oleh sebab dakwat untuk pilihan raya sudah mengandungi AgNO3, maka AgNO3 (AgCl) itulah yang akan tinggal beberapa hari sehingga tisu baru tumbuh. Maklumat lanjut boleh didapati dengan carian Google "election Ink".
Saya adalah bekas pensyarah (kini bersara) UKM dalam bidang Kimia (inorganic). Sebahagian penyelidikan saya adalah dalam bidang sebatian argentum (perak). Saya berpendapat tidak perlu gocang botol dakwat kerana ia bukan colloidal solution.
ABD HAMID OTHMAN
Emel