DenyutReformasi

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Lantik Najib pimpin BN semula kerja gila, kata Khairy

BARISAN Nasional (BN) tidak akan berjaya memenangi semula pilihan raya sekiranya melantik Najib Razak memimpin parti itu, kata Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata pelantikan Najib sebagai pengerusi majlis penasihat BN itu sebagai satu “kerja gila” kerana mengharapkan hasil berbeza dengan tindakan yang sama.

H355: Peserta himpunan mula banjiri Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Orang ramai mula membanjiri kawasan sekitar Sogo dan Pertama Kompleks pada jam 11.35 pagi dengan memakai baju warna ungu tema Himpunan H355.

Peserta himpunan masih lagi duduk dan berkumpul secara rawak di pinggir jalan sepanjang jalan Tunku Abdul Rahman, menuju ke Padang Merbok.

RUU Hadi: Soalan Tuan Ibrahim pada MCA, DAP

Oleh Alyaa Azhar 

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mahu tahu sama ada MCA dan DAP benar-benar menyokong titah bekas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di sidang Parlimen tahun lepas supaya mahkamah syariah diperkasakan.

Dalam ucapannya di pra-ceramah perhimpunan Akta 355 malam tadi, Tuan Ibrahim berkata semua anggota Parlimen, termasuk menteri MCA dan pemimpin DAP, menerima sebulat suara titah Seri Paduka itu.

Bukan Islam bantah RUU Hadi adalah jahil, kata sayap penyokong PAS

Oleh Alyaa Azhar

  Seorang wakil dari sayap penyokong parti PAS percaya bahawa orang bukan Islam yang menentang rang undang-undang (RUU) Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah jahil.

Ketua Penerangan Sayap Penyokong PAS, Dr Balachandran G Krishnan, dalam ucapannya di ceramah pra-perhimpunan Akta 355, berpendapat bahawa memperkasakan mahkamah syariah tidak seharusnya menjadi satu isu untuk rakyat Malaysia.

Lapan remaja berbasikal maut dirempuh kereta

JOHOR BAHRU: Lapan remaja lelaki berbasikal maut apabila dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata lapan remaja yang berumur antara 13 hingga 17 tahun itu maut ditempat kejadian.

16 pusat mengundi PRK Tanjong Datu dibuka 8 pagi

Semua 16 pusat mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjong Datu mula dibuka tepat 8 pagi ini bagi membolehkan 9,771 pengundi menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daerah Lundu mempunyai pengundi paling ramai berjumlah 1,906 orang yang akan menunaikan tanggungjawab masing-masing di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua.

Ibu MB Selangor meninggal dunia

Ibu kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Damansara, pada jam 2.14 pagi tadi.

Che Tom Yahaya, 82, sebelum ini dirawat di pusat perubatan swasta itu selepas mengalami serangan angin ahmar pada 10 Oktober lalu.

Pemuda Amanah: Struktur semula jawatan eksekutif, bukan buang penjawat awam

Tumpuan harus diberikan terhadap gesaan agar kerajaan BN agar melakukan penstrukturan ke atas jawatan-jawatan eksekutif kerajaan persekutuan berbanding mengecilkan saiz perkhidmatan awam.
Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Sany Hamzan berkata, jabatan-jabatan yang dilihat kurang berperanan seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) juga perlu dimansuhkan kerana kerajaan telah terbeban untuk menampung pengoperasiannya.

DBKL minta pembekal plastik mesra alam kurangkan harga

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meminta pembekal bekas plastik mesra alam tidak mengenakan harga yang tinggi kepada peniaga bagi menjayakan program bebas beg plastik dan polisterin di sekitar ibu kota.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosial Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata segelintir peniaga mendakwa mereka terpaksa membelanjakan kos yang lebih tinggi ekoran penggunaan produk mesra alam itu.

Majoriti rakyat anggap Najib jual negara kepada China

Oleh Arif Atan
Rakyat semua kaum bersetuju pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menjual kepentingan negara kepada China, dedah hasil kajian secara bersemuka Institut Darul Ehsan (IDE).
Kajian lapangan secara bersemuka itu mendapati secara purata 48 peratus pengundi di Selangor Najib berbuat demikian dengan paling tinggi Melayu (51 peratus) diikuti Cina (46 peratus) dan India 43 peratus.

Saingan 3 penjuru dalam PRU14 hampir pasti - Nik Abduh

Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz membayangkan persaingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, hampir pasti.

Beliau berkata kenyataan terbaru Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak sujud di kaki PAS telah menyudahkan secara tidak rasmi teka-teki hubungan politik antara kedua-dua parti itu.

Penemuan 'minyak' di Tumpat, R hantar sampel untuk kajian

TUMPAT: NGO menuntut royalti untuk Kelantan, R telah menghantar sampel minyak yang ditemui di sebuah telaga dekat sini untuk dianalisa oleh sebuah syarikat geosains terkemuka di Kuala Lumpur.

Presiden R, Nazri Deraman dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah mengambil sampel minyak itu dan dihantar kepada syarikat berkenaan untuk dianalisa semalam.

Penduduk Pasir Pekan semalam mendapati minyak keluar melalui telaga mereka.

6 Mei cuti umum jika Pakatan Rakyat menang

PETALING JAYA: Tanggal 6 Mei diisytihar sebagai cuti umum sebaik Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Pengerusi Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KeADILan, 2 Mei lalu.
“Hari Isnin depan akan diumumkan sebagai hari cuti awam sebaik Pakatan Rakyat menang,” katanya.

Cukup beri BN 5 dekad

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL
SEPANG: Rakyat telah memberi peluang kepada BN untuk berkhidmat selama lebih lima dekad namun parti
itu gagal menjaga kebajikan mereka, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin.
Hanipa yang juga calon PAS bagi kawasan Parlimen Sepang berkata, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, peningkatan kos sara hidup, dan bebanan hutang peribadi yang ditanggung rakyat membuktikan kegagalan BN mentadbir ekonomi negara.

Isu video seks: Mustafa Ali sedia lafaz sumpah laknat

MARANG - Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali berkata beliau bersedia melafazkan sumpah laknat berhubung video seks yang dikaitkan dengannya, jika isu itu menjejaskan parti itu.
 
Mustafa berkata beliau meminta pandangan dua pemimpin tertinggi Pas iaitu Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung perkara itu.

Angkara Zul Nordin mulut besar, semua terburai

KUALA LUMPUR: Setelah menyepi seketika waktu akhirnya Harakahdaily berjaya menghubungi sumber Umno untuk mendapat laporan terkini daripada beliau mengenai kenyataan Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai penerbangan pengundi baru-baru ini.

Tengku Adnan mengaku bahawa dakwaan Pakatan Rakyat mengenai kewujudan penerbangan khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung sememangnya benar.

Sengaja kaitkan Pakatan untuk kelirukan rakyat

Oleh AZIZ MUDA

KUALA LUMPUR: Kerajaan BN diingatkan tidak membuat tuduhan berbahaya terhadap Pakatan Rakyat dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, khususnya berhubung kaitannya dengan aktiviti Nur Misuari.
Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Dato’ Abdul Ghafir Hamid berkata, laporan mengaitkan kegiatan bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari dengan Anwar tidak berasas sama sekali.

Penggunaan Internet Di Malaysia Naik Kepada 41 Peratus

PETALING JAYA: Penggunaan Internet di Malaysia meningkat kepada 41 peratus pada 2010 daripada 25 peratus pada tahun sebelumnya, demikian menurut hasil kajian Nielsen Mobile Insight Malaysia 2010 yang dikendalikan oleh The Nielsen Co (M) Sdn Bhd.

Pengarah perkhidmatan pelanggan dan capaian pelanggannya Luca Griseri berkata penggunaan Internet tertinggi dicatatkan di kalangan kumpulan muda yang berumur antara 20-24 tahun dengan enam daripada 10 merupakan pengguna Internet.
"Kumpulan ini membesar dengan Internet dan menghabiskan masa pada purata 22.3 jam dalam talian seminggu," kata beliau pada taklimat media di sini Rabu.

Griseri berkata tujuh daripada 10 (72 peratus) pelanggan berkata, liputan yang lebih baik merupakan faktor utama dalam menentukan kepuasan keseluruhan penyedia perkhidmatan Internet (ISP), diikuti dengan kelajuan yang lebih baik (54 peratus), perkhidmatan kualiti lebih baik (40 peratus) dan kadar yang lebih baik (39 peratus).

Hasil kajian itu juga mendapati mobiliti merupakan pertimbangan utama untuk langganan kepada jalur lebar mudah alih di mana bahagian pasaran bagi saluran ini bagi penyambungan Internet berganda daripada 20 peratus pada 2009 kepada 54 peratus pada 2010, katanya.

Beliau berkata jalur lebar tetap bagaimana susut kepada 42 peratus daripada 65 peratus pada tahun sebelumnya, manakala bagi sistem dial hampir ketinggalan dengan hanya peratus pelanggan berbanding 13 peratus pada 2009.

Griseri berkata jalur lebar mudah alih mendapat lebih bahagian pasaran, komputer riba dan netbook merupakan peranti yang paling kerap digunakan untuk mengakses Internet (55 peratus), diikuti desktop (34 peratus) manakala telefon mudah alih (11 peratus).

Kajian Nielsen itu dikendalikan antara Oktober dan Disember tahun lepas dan meninjau hampir 4,000 pengguna di seluruh negara mengenai penggunaan telefon mudah alih dan Internet. - BERNAMA

Saman Umi Hafilda RM100 Juta Terhadap Baginda Minda, MalaysiaKini Dibatalkan



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, membatalkan saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, Umi Hafilda Ali terhadap Baginda Minda dan pemilik portal berita, MalaysiaKini.

Baginda Minda atau nama sebenarnya, Nor Azman Abdullah merupakan bekas rakan perniagaan Umi Hafilda