DenyutReformasi

MCA mahu bekas hakim diambil tindakan

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA, Dato’ Seri Chor Chee Heung (gambar) mendesak polis supaya
menyiasat bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Mohd Noor Abdullah berikutan kenyataannya yang disifatkannya sebagai menghasut.
“Saya meminta polis menyiasat Mohd Noor Abdullah di bawah manamana akta yang sesuai dan ambil tindakan yang relevan ke atasnya,” kata Chor dalam kenyataannya 16 Mei lalu.

Chor adalah orang yang sekian kalinya mendesak tindakan diambil kepada Mohd Noor ekoran kenyataannya sebelum ini.
Terdahulu pelbagai pihak telah membuat kenyataan menyesali kenyataan Mohd Noor yang antara lain berkata, masyarakat Cina mengkhianati ikatan setiakawan orang Melayu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.