DenyutReformasi

Yusuf Al-Qaradhawi yakin Anwar layak jadi PM

LEMBAH PANTAI: Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Aziz Nik Mat petang 26 April lalu telah melancarkan surat terbuka Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, tokoh Islam terkemuka yang kini Ketua Ijtihad Ulama Dunia.
Pelancaran warkah ama nat itu disempurnakan pada majlis yang diadakan di Surau Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam, jam 3 petang.

Program itu dianjurkan calon KeADILan Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir sama.
Di dalam surat tersebut, Yusuf Al-Qaradhawi menegaskan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim paling layak menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Yusuf Al-Qaradhawi dalam surat itu berkata, beliau berpendapat Anwar, berdasarkan sejarah dan pengalamannya, kebijaksanaan dan perjuangannya, kesabaran dan kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari ini, juga kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baikbaik dari kala ngan rakyat Malaysia, dari kalangan Melayu dan Cina, maka dia selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan ketua kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia.
Anwar kata beliau, adalah orang yang paling layak menduduki kerusi kepimpinan ini dan paling layak untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan bernega ra pada marhalah yang cukup pen ting ini, bagi membangunkan Malaysia dan memajukannya pada semua sudut.
Sebelum pelancaran itu, Tuan Guru Nik Aziz menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya dan menerima sambutan yang amat memberangsangkan.
Masjid Tuanku Mizan atau lebih dikenali Masjid Besi Putraja bergema dengan laungan takbir “Allahuakbar” apabila jemaah solat Jumaat masjid itu merlihat Tuan Guru Nik Aziz di sana.
Kehadiran Tuan Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS itu disedari apabila beliau keluar dari masjid selepas selesai solat Jumaat.
Beliau yang menunaikan solat di situ Jumaat lalu selepas tiba pada sebelah pagi untuk menyertai kempen menuju Putrajaya sepanjang hari berkenaan.
Sepanjang berada di ibu negara, Menteri Besar Kelantan itu mempunyai jadual yang ketat. Dalam pilihan raya kali ini, Tuan Guru Nik Aziz mempertahankan kerusinya di Chempaka, Pengkalan Chepa.