DenyutReformasi

Hati-hati rayuan terakhir Najib, 4 Mei

KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan rakyat Malaysia bahawa Pengerusi BN, Dato’ Seri Najib Razak akan membuat rayuan terakhir sehari sebelum hari mengundi.
Untuk itu, mereka perlu bersedia dengan segala rayuan itu dan jangan terpengaruh dengannya, kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli. Sehingga kini, katanya, kempen PRU13 PAS di seluruh negara berjalan seperti dirancangkan.

“Sambutan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat sangat luar luar biasa,” kata beliau
Dr Hatta yakin, Pakatan akan mendapat majoriti mudah di Parlimen dalam PRU13.
Sehingga 2 Mei, katanya, Pakatan Rakyat mendapat sekurang-kurangnya 121 kerusi Parlimen dan dijangka akan meningkat lagi.
“Kita menjangka PM Najib akan melakukan rayuan terakhirnya Sabtu ini dengan menyalahgunakan media kerajaan iaitu RTM.
“Langkah desperate ini diyakini tidak dapat mengubah keputusan rakyat untuk membuat perubahan di Putrajaya,” tambah Dr Hatta yang mempertahankan kerusinya di Parlimen Kuala Krai, Kelantan.