DenyutReformasi

Tok Guru Nik Aziz gesa undi Pakatan

Oleh AZIZ MUDA
KUALA LUMPUR: Memangkah mana-mana parti dalam gabungan Pakatan Rakyat sangat penting dalam
PRU13 kali ini bagi melahirkan Malaysia baharu dan menumbangkan kezaliman Umno-BN.
Seluruh rakyat negara ini, khususnya para pengundi, diseru supaya memberi undi kepada PAS dan Pakatan Rakyat pada hari pengundian Ahad, 5 Mei ini.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan setiap rakyat negara ini perlu sedar, perjua ngan PAS yang turut disokong oleh Pakatan Rakyat berbeza sama sekali dengan Umno-BN.
Katanya, setiap pengundi perlu menjadikan PRU13 sebagai peluang terbaik untuk memerdekakan tanah air daripada politik sempit dan kotor yang disemai oleh parti politik yang berasaskan nasionalisme dan sekular selama ini.

Menurut beliau, PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam bukan sekadar akan memimpin rakyat ke arah kehidupan yang baik yang diredai Allah, tetapi juga akan memerintah negara dan negeri dengan konsep keadilan dan berkebajikan, seperti yang dituntut dalam Islam, jika diberikan mandat memerintah negara dan negeri oleh rakyat.
“Tetapi apa akan jadi kepada masyarakat kalau kita terus memberikan undi kepada parti yang dipimpin oleh orang yang tidak berpegang kepada agama? Inilah yang perlu disedari oleh setiap manusia yang hidup di muka bumi Allah ini,” katanya.
Sebagai makhluk Allah, menurut Tuan Guru Nik Aziz, kita mesti sedar bahawa kita diciptakan oleh Allah, manakala Allah yang menciptakan kita pula pasti lebih tahu daripada kita sendiri tentang segala keperluan kita, lalu kita diperintahkan oleh-Nya agar mematuhi segala suruhan- Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya kerana di dalamnya penuh dengan pelbagai hikmah.
“Dalam al-Quran, Allah SWT menjelaskan kepada kita, dunia ini kepunyaan- Nya. Hanya Allah yang Maha Berkuasa. Satu ketika sama ada kita suka atau tidak, kita dipaksa balik (mati).
“Bila mati, kita akan dihidupkan kembali di akhirat nanti dan akan dihitung segala amalan yang telah kita lakukan di dunia ini, untuk diberikan balasan syurga atau neraka. “Itu Allah SWT sendiri yang menciptakan kita yang sebut. Dalam pengajian demokrasi dan nasio nalisme tak diajar itu semua.
“Itulah sebabnya kita perlu menyokong atau memberikan undi kepada parti yang memperjuangkan Islam, PAS yang turut disokong oleh Pakatan Rakyat,” katanya ketika berucap pada program Munajat Kemenangan di Padang Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru di sini 1 Mei lalu.
Program tersebut anjuran Kerajaan Kelantan dan Persatuan Anak Kelantan Di Rantauan (Perakan), dengan dimulakan solat Maghrib berjamaah, diikuti solat Isyak dan solat hajat yang dipimpin oleh Ustaz Dr Azhar Yaakob.
Dalam majlis yang dihadiri lebih 5,000 orang itu, Tuan Guru Nik Aziz turut menyerahkan panjipanji pilihan raya kepada duta-duta yang dilantik di setiap parlimen bagi berkempen untuk anakanak perantauan balik mengundi PAS. Sebelum menyampaikan ucapannya, Tuan Guru Nik Aziz telah menyerahkan watikah ikrar kepada pelakon Mustapha Kamal, bagi mengepalai laungan ikrar balik mengundi dan diikuti oleh anak-anak Kelantan yang hadir.
Turut berucap pada majlis itu, Presiden KeADIlan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad dan calon PAS Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi.
Sementara itu, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika ditemui di Pejabat Agung PAS berkata, kini sudah tiba masanya bagi rakyat negara ini melakukan perubahan dengan menukarkan BN kepada Pakatan Rakyat, setelah lebih 55 tahun rakyat hidup dalam keadaaan tertindas dalam segala segi di bawah Umno-BN.
“Malah semakin lama Umno-BN memerintah, semakin banyak kepincangan yang berlaku dalam negara kita. Rasuah semakin menjadi- jadi, ketirisan sampaikan RM28 bilion, hutang negara sehingga RM540 bilion. Penyalahgunaan kua sa dan penyelewengan semakin bermaharajalela,” katanya.
Jika rakyat masih juga memberikan undi kepada Umno-BN, tambah Ustaz Abdul Hadi, bererti rakyat sengaja mencari kesusahan dalam hidup, sedangkan PAS dan Pakatan Rakyat telah pun bersedia untuk bersama-sama dengan rakyat untuk memerintah negara dan negeri-negeri dengan konsep keadilan dan berkebajikan yang akan memberikan keistimewaan kepada rakyat dalam segala segi.