DenyutReformasi
Bersih mahu kerajaan jawab dakwaan pengundi diragui
bahawa kerajaan perlu menjawab tuduhan rakyat asing dihantar ke- Semenanjung untuk mengundi.
Ambiga turut mendesak agar kerajaan menjawab hari ini berkenaan dengan tuduhan rakyat asing dari Malaysia Timur dihantar ke Semenanjung untuk mengundi dalam pilihan raya 5 Mei.
Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pejabat Perdana Menteri terlibat dalam menerbangkan lebih 40,000 pengundi diragui dari Sabah dan Sarawak ke beberapa negeri di Semenanjung baru-baru ini.
"Senyap bukan pilihan dalam keadaan ini," kata Ambiga dalam satu forum dengan Steve Teoh, yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Cheras, seperti dilapor themalaysianinsider.
"Kami menjangkakan sambutan daripada syarikat penerbangan yang bertanggungjawab dan dari kerajaan sementara,” kata ketua pemantau pilihan raya itu.
Kit Siang mahu 5 Mei jadi hari tutup fitnah 13 Mei
KUALA LUMPUR: Semua pengundi perlu membuat pilihan bijak dengan mengundi calon-calon Pakatan
Rakyat di seluruh negara pada hari mengundi 5 Mei ini. Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, hanya dengan memilih Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP, rakyat Malaysia dapat membuka lembaran baru untuk mendedahkan apa yang benar dan apa yang fitnah.
Katanya, golongan yang memfitnah beliau dengan tuduhan menjadi dalang peristiwa 13 Mei 1969 masih terus berbuat demikian tanpa sebarang tindakan tegas daripada pihak yang berkuasa, termasuk Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dan calon saingan beliau bagi Parlimen Gelang Patah, Dato' Abdul Ghani Othman.
"Golongan yang memfitnah saya telah memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan pengundi, terutamanya orang Melayu, dengan mengapi-apikan sentimen perkauman," ujarnya dalam satu kenyataannya kepada Harakah. Menurutnya, mereka menyangka rakyat Malaysia masih hidup dalam tahun-tahun 1960- an yang mudah terpengaruh dengan emosi kaum.
Hati-hati rayuan terakhir Najib, 4 Mei
Untuk itu, mereka perlu bersedia dengan segala rayuan itu dan jangan terpengaruh dengannya, kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli. Sehingga kini, katanya, kempen PRU13 PAS di seluruh negara berjalan seperti dirancangkan.
Tok Guru Nik Aziz gesa undi Pakatan
KUALA LUMPUR: Memangkah mana-mana parti dalam gabungan Pakatan Rakyat sangat penting dalam
PRU13 kali ini bagi melahirkan Malaysia baharu dan menumbangkan kezaliman Umno-BN.
Seluruh rakyat negara ini, khususnya para pengundi, diseru supaya memberi undi kepada PAS dan Pakatan Rakyat pada hari pengundian Ahad, 5 Mei ini.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan setiap rakyat negara ini perlu sedar, perjua ngan PAS yang turut disokong oleh Pakatan Rakyat berbeza sama sekali dengan Umno-BN.
Katanya, setiap pengundi perlu menjadikan PRU13 sebagai peluang terbaik untuk memerdekakan tanah air daripada politik sempit dan kotor yang disemai oleh parti politik yang berasaskan nasionalisme dan sekular selama ini.
Bn bakal Tumbang,Rakyat Sarawak Mahu Perubahan !
Politik 'mendebarkan' masyarakat Sarawak, mungkinkah Tsunami berlaku?
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
Masih segar lagi dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia, sebelum pilihan ray
a umum ke-8 di peringkat nasional tidak nampak riak mahupun gelombang akan berlakunya tsunami politik hingga mengakibatkan BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.
Malah BN juga hilang penguasaan di selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang, selain tidak berjaya merampas Kelantan dalam percubaan untuk tahun yang ke-20.Begitu juga dengan apa yang dilihat bakal berlaku di Sarawak bagi pilihan raya umum negeri (PRN) ke-10 kali ini yang telahpun bermula dengan proses penamaan calon 6 April lalu.
Setelah perjalanan kempen selesai lima hari, tidak nampak sebarang gelombang besar untuk dijadikan asas kepada pemerhati bagi menelah apa-apa jangkaan awal samada berlaku tsunami atau sebaliknya.
Namun, jika ditinjau nadi-nadi suara rakyat di bawah terdapat satu arus senyap yang bakal memberi keputusan yang mengejutkan dan ada dikalangan petugas parti yang yakin, beberapa kerusi milik PBB bakal terlepas kepada Pakatan Rakyat.
BN kelihatan cukup cemas dengan propaganda yang dimainkan di televisyen, dan media milik mereka, dengan setiap hari menempelak kehadiran pembangkang di Sarawak.
Malah propaganda yang dijalankan seolah-olah tanpa mereka ingat dan lihat apakah maksud sebenar demokrasi pilihan raya yang harus dihormati dan diteliti,
Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar sendiri melihat propaganda politik pembangunan yang ditawarkan oleh BN-PBB di Sarawak ini sejak berpuluh tahun lamanya tidak mungkin 'laku' lagi jika melihat arus dibawah yang kini makin mendebarkan.
Apa yang boleh beliau simpulkan, masyarakat di Sarawak cukup unik, mereka boleh memakai lambang BN dan PBB, tetapi dalam masa yang sama mereka boleh memakai dan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat terutamanya PAS.
Membicarakan tentang PAS, bukan kali pertama PAS menyertai pilihan raya umum negeri (PRN) Sarawak, kerana sejak tahun 2001 lagi, PAS sudah bertapak sebagai sebuah parti dakwah di sini.
PAS pernah bertanding di dewan Undangan Negeri (Dun) Beting Maro dan pada tahun 2006, PAs hanya kalah dengan 895 undi sahaja di tangan calon BN, Bolhassan Di.
Ketika itu calon PAS, Alem Din hanya kalah kerana PAS kekurangan jentera di peringkat tempatan, tidak mendapat sokongan kaum Iban, dan hanya menang di Peti Undi Beladin sahaja.
Kali ini PAS bertanding di lima kerusi termasuk Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjong Datu atas kesepakatan dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan Parti Keadilan Nasional (BN).
PRN ke-10 kali ini bakal menyaksikan tentangan hebat dari DAP yang bertanding di 15 kerusi, sementara KeADILan di 47 kerusi.Perkembangan setakat lima hari kempen, memperlihatkan DAP cukup agresif dalam menjalankan kempen di bandar-bandar dan pinggir bandar, kawasan yang ditandingini seperti Kota Sentosa dan Batu Kawa.
Kehadiran Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 10 April nyata menyuntik sokongan besar kaum Cina di Sarawak yang sejak dahulu ternanti-nantikan kemunculan Menteri Besar Kelantan itu.
Mungkin telahan Mahfuz ada benarnya, politik rakyat Sarawak bakal tak tersangka, dan silent protes mungkin berlaku dengan Sarawak bakal mengikut jejak Kelantan pada tahun 1990.
Cuma, disaat akhir, BN-PBB pastinya akan mengumpan segala macam janji, wang dan ugutan agar rakyat beralih kepada BN semula.Namun rakyat yang sudah lama dahagakan perubahan, keluar dari rejim 'kaya' Taib Mahmud pastinya tidak gentar jika mereka mahukan perubahan yang sebenar.
Tsunami 2008 juga datang tanpa disangka banyak pihak, dan apakah tsunami itu bakal berlaku di Sarawak kali ini?, rakyat Sarawak boleh melakukan perubahan!
